Followers

Friday 6 April 2012

Melayu: Malay Hypothesis - Asal Usul Bangsa Melayu?

Seperti yang dijanjikan, aku akan bedah siasat teori asal-usul Melayu nh.. Aku terjumpe beberape artikel tentang asal usul Melayu yang agak radikal dari yang kite dah blaja kat bangku sekolah dulu, korang leh rujuk post aku seblom ni... Korang leh rujuk kat sini, sini ngan sini... Actually link yang last tu adalah hasil kajian dan penat lelah dari sekumpulan penyelidik dari blog Mistisfiles, sayangnye, blog ni hanya leh dibace oleh ahli2 saje.. So korang tunggu la invitation dari diorg ye..
Aku tatau mane diorg dapat fakta tentang mende nh.. Tapi aku try buat research sendri, and kat sini aku akan bentangkan hasil penyelidikan aku...kalo salah aku mintak maaf, tapi teori2 ni mesti kena dipersoalkan klo nak dimajukan lagi. Lagipon aku bukan nak debunk teori diorg nh, tapi sekadar berkongsi pendapat je. Aku akui memang teori ni amat menarik, dan kadang-kadang agak sukar nak diterima akal, laen dari yang laen..Hehe! Senang2, korang nilaikan la sendri ye. 


1. Bangsa Melayu berasal dari Salah Satu Bangsa Yahudi Yang Hilang, The Lost Tribe Link
Petikan:
Dari apa yg saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.
Statement ni actually diperolehi dari manuskrip penyelidikan En. Ralph A. Olsen yang bertajuk "The Malay Hypothesis". En. Olsen ni ingin membongkarkan tentang lokasi kejadian sebenar kisah yang diceritakan dalam Book of Mormon, iaitu kitab asas kepercayaan  salah satu dari cabang agama Christian yang bergelar The Church of Jesus Christ of Latter Day Saints (LDS) ataupon lebih dikenali sebagai Mormons
LDS ni actually masih mude remaje lagi sebenarnye. Walaupon kat depan buku tu ditulis "Another Testament of Jesus Christ", tapi sebenarnye ia ditulis oleh En. Joseph Smith, Jr pade kurun ke 19. Nak tau lebih lanjut tentang camne die dapat "wahyu" or camne die leh tulis kitab Mormon ni, korang leh bace kat sini..
Cam sequel utk Bible laaa. hehehe~
Walaupon statement yang diquote tu mendakwa tentang kerajaan Burma yang dikatakan ade salasilah ngan Nabi Ibrahim, tapi actually, mende ni very far-fetched.. Kaum Burma tu still wujud sampai skang, dikenali sebagai kaum Karen ataupon Kayin, korang leh bace sal kaum tu kat sini..
Awek kaum Kayin @ Karen, makin tue makin panjang leher. 
Memang idea tentang Melayu yang mempunyai direct blood relations ngan keturunan Nabi-Nabi tu agak menarik, tapi malangnye, kitab Mormon tak plak sebut pasal The Lost Tribe ni beragama Islam. Sebaliknye, diorang cakap, The Lost Tribe ni akan membawa agama Kristian yang asli (pada pandangan mereka, agama Mormon/LDS) kembali ke kaum Karen. And diorang dah pon wat gitu, dan skang most of the Karen people, sumenye dah beragama Kristian.

2. The Lost Tribe: Manasseh dan Ephraim
"Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii."
Kaum Joseph/Yusuf dikatakan telah hilang dan hanya akan kembali pada akhir zaman untuk membunuh kaum Yahudi yang lain yang dah hilang pedoman, iaitu mengikut kepercayaan orang-orang Mormon, mereka yang tak lagi berpegang kepade agama Kristian/Yahudi yang betol. Mende ni actually ade tertulis dalam Bible. Dikatakan Joseph mempunyai 2 orang anak, Manasseh dan Ephraim. 
Sayangnye bukan Israel yang ni...
Kaum Manasseh dan Ephraim ni adalah penghukum untuk bangsa Israel, tapi perlu diingatkan disini bahawa bangsa Israel yang disebut dalam ni bukannye negara Israel yang tengah dok perang bangse Palestin tu. Tapi segolongan bangsa yahudi yang dah murtad dari agama Yahudi sebenar (yang diturunkan melalui Nabi Musa a.s) dan Kristian (yang diturunkan melalui Nabi Isa a.s). Maknenye, mereka yang dah tak percayekan tuhan diorang sendiri. Ni bukan aku reka2, tapi hasil dari pembacaan dari kitab-kitab diorang sendiri. 

Kaum Manasseh dan Ephraim yang terdapat dalam prophecy Bible ni bukan beragama Islam... tak seperti yang disebut kat atas nun.. Kalo pon diorang beragama Islam sekalipon, kajian dah membuktikan bahawa Kaum Manasseh dan Ephraim nh dah berhijrah ke barat, dan bukannye ke Asia Tenggara seperti yang diclaim oleh En. Olsen dan penyelidik Melayu yang tak dikenali ni...Satu lagi, dalam agama Judaism (yakni agama Yahudi), setiap anak2 mereka akan didoakan supaye menjadi seperti Manasseh dan Ephraim ketika Shabbat, iaitu hari ketujuh selepas bekerja...cam cuti ujung minggu orang Yahudi la kirenye..


Shabbat - Hari di mane orang Yahudi dok depan meja sambil tutup mate...
Sebabnye? Sebab diorang tanak tergolong dalam 11 puak yahudi yang akan dibunuh pade akhir zaman nanti. So, diorang sume mendoakan anak2 diorang tergolong dalam bangsa Ephraim dan Manasseh, supaye terselamat dari dibunuh nanti. Kirenye cam doa masuk dalam golongan orang-orang yang berimanla...beriman pd agama Yahudi la tapinye.

3. Siapakah Mala?
"Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif...."
Statement ni betol. Pade mulenye, Red Indian disangke adalah penduduk peribumi (native) di bumi Amerika. Tapi setelah dikaji2, rupenye Red Indian pon sebenarnye adalah bangsa yang berhijrah, maksudnye, Red Indian ni bukan la bangsa asal bagi tanah Amerika ni...Saintis baru-baru ni agak tergezut beruk bile diorang discover yang Red Indian ni sebenarnye kebanyakannye berasal dari Asia. Dari 5 tribe yang utama, 4 daripadenye berasal dari Asia berdasarkan kajian terhadap mitochodrial DNA (DNA yang berasal dari seblah ibu). Tak caye? korang bace la sendre ye kt sini...
Jauh tok nenek moyang kite dulu jalan kaki makan angin...
Tapi btolke diorang nh orang Melayu? Tu tak dapat lagi dipastikan.. 


4. Keturah, Ibu Melayu (dikatakan isteri Nabi Ibrahim a.s)
"Keturah, Ibu Melayu

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini."
Aku mule2 ragu2 teramat ngan statement ni.. Bukan ke isteri Nabi Ibrahim namenye Siti Sarah? Dan bukan ke hambe perempuan pade nabi Ibrahim bername Hajar?
Seperti yang termaktub dalam al-Quran, ayat 71, surah Hud, yang bermaksud:
"Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub."
Bermakna, isteri Nabi Ibrahim hanya seorang, iaitu Siti Sarah, ibu kepada Nabi Ishaq a.s. Habis tu, sape hamba perempuan pade Nabi Ibrahim?
Rasulullah SAW bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:
Nabi Ibrahim berhijrah bersama Sarah. Mereka  masuk ke sebuah tempat yang diperintah oleh raja yang zalim dan sombong. Diberitahu kepada raja tersebut bahawa Ibrahim telah datang dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Maka dia bertanya kepada Ibrahim : siapakah wanita yang bersamamu?. Ibrahim menjawab :’ saudara perempuanku’.
Kemudian Nabi Ibrahim kembali kepada sarah dan berpesan : jangan engkau mendustakan ucapanku  dan aku telah berkata bahawa kamu adalah saudaraku. Demi Allah di bumi ini tiada orang yang beriman melainkan diriku dan dirimu. Maka Nabi Ibrahim mengirimkan sarah kepada raja tersebut.
Dia bangkit kepada Sarah. Sarah bangkit berwudhu dan solat lalu dia berdoa : ya Allah, jika aku beriman kepadaMu dan kepada rasulMu, maka jagalah kehormatanku kecuali kepada suamiku. Oleh itu janganlah Engkau biarkan orang kafir menguasaiku. Maka ketika raja itu hendak menyentuh sarah, nafas raja itu menjadi sempit dan dia hampir tercekik sampai dia memukulkan kakinya ke bumi. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa.
Kemudian raja itu cuba untuk menyentuh sarah kali kedua, maka dia tercekik seperti tadi atau lebih keras. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa. Lalu raja memanggil pengawal dan berkata :  kamu tidak membawa manusia ke mari, malah kamu membawa syaitan ke sini. Raja itu menghadiahkan Hajar kepada Sarah sebagai hamba.
Sarah pulang kepada Nabi Ibrahim sedang dia sedang solat. maka Nabi Ibrahim memberi isyarat bermaksud bagaimana keadaanmu? Sarah menjawab: Allah menggagalkan tipu helah orang kafir atau orang  jahat berupa seksaan di lehernya dan memberiku Hajar."
(Riwayat Sahih al-Bukhari, Hadith no. 3358)
Hajar adalah hamba wanita yang diperoleh oleh Siti Sarah dan telah mengurniakan Nabi Ibrahim seorang anak bernama Ismail, yang kemudiannye diangkat menjadi nabi oleh Allah SAW. So kite nak percaye sumber dari tutur kata Rasulullah, Rasul Junjungan kite ke atau nak amek rujukan dari kitab Yahudi? Mane yang lagi baek? Fikir2 kan la yeee...
Riwayat Ibnu Al-Athir tu pon leh dipersoalkan jugak..tapi aku bukan la bijak pndai sangat. Setau aku la, kitab Ibnu Al-Athir, Al-Kamil Fil Tarikh tu secare generalnye hanye menyebut tentang isu Jihad dan perang salib.. klo korang rajen, leh la bace kat sini.. 
Aku rase itu je la post aku kali nh. Dah panjang berjela sangat dah.. 

Conclusion:
Kesimpulannye, klo korang ase nak naekkan name Melayu, jangan la wat research tu based on kitab Bible ke, kitab Yahudi ke...lagi2 kalo kitab yang korang basedkan maklumat tu sendre tak diakui oleh kalangan umat Kristian... So, fikir-fikirkan la eh..hehehe, tata y'all. Nak g men futsal. Wahahahahaha~

2 comments:

RAIN WINTERSKY said...

apa yg anda baca tu cuma bahagian 1 je.. ni link utk keseluruhan bahagian.. ada lebih 30 post dlm tu.. bacalah http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html

Unknown said...

Terima kasih atas komen anda. Namun tetap saya tegakkan disini bahawa susur galur keturunan Nabi-Nabi Allah bukan perkara yang boleh diteorikan. Susur galur lengkap keturunan Nabi Allah Ibrahim ada termaktub dan tertulis dan disimpan baik, ini kerana adat orang Arab baik di zaman Jahiliyyah mahupun zaman selepas kedatangan Islam, mereka amat mementingkan salasilah keluarga, apatah lagi salasilah keluarga Nabi Ibrahim yang telah membina Kaabah, satu simbol keagamaan yang dianggap suci sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Pernah terbaca tentang hikayat hidup Rasulullah? Rasulullah lahir ketika Abrahah sedang cuba untuk memusnahkan Kaabah kerana hasad dengkinya dengan kemakmuran kota Mekah sebagai pusat keagamaan dan perdagangan ketika itu. Ketua bani Quraisy, dan pemegang kunci Kaabah ketika itu adalah Abdul Muttalib, datuk kepada Rasulullah SAW. Mengapa Abdul Muttalib dipilih sebagai pemegang kunci Kaabah? Kerana pengaruhnya? Kerana kebijaksanaannya? Kerana kekayaannya? Tidak. Dia dipilih kerana Abdul Muttalib ialah keturunan langsung (DIRECT DESCENDANTS) dari Nabi Ibrahim. Bukan kerana saya ingin menidakkan usaha anda untuk memuliakan bangsa Melayu, namun, untuk meletakkan bangsa melayu sama darjat dengan keturunan Nabi Ibrahim, dan Rasulullah itu agak kurang sopan, dan tidak sesuai sedangkan bukti kukuh yang berpandukan Al-Quran dan Hadith, serta salasilah keturunan Rasulullah yang sedia ada sudah lama wujud dan telah menyangkal sama sekali wujudnya keturunan dari sebelah Keturah. Saya tidak menidakkan teori anda yang bangsa melayu adalah bangsa yang hebat suatu ketika dahulu, namun, biarlah bukti yang disertakan tidak bercanggah dengan fakta yang telah diterima Islam. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.