Followers

Friday 23 March 2012

Asal-usul Melayu? Benarkah?




Diambil sejibik-sejibik tanpa sebarang perubahan sedikitpon dari sini.


SIAPA MELAYU DAN ASAL USUL MELAYU
Tarikh: Tuesday, June 29 @ 00:26:25 MYT
Topik: Info Umum



Dari apa yg saya baca,Melayu/Mala/Malai
bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salsilah "Melayu" . Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? . Apakah itu "3Mim" ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... kenapa?

MELAYU - JAWI

Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!



Keturah, Ibu Melayu

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.

Apa maknanya semua ini?

Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.

Tapi... siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha

Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi.Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s).Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan 'Bnaei Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam.Oleh krn itu,bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dlam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s,sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.Samalah dlm kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.d itu Yahudi,lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s.Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adek kpd Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hinnga terserap dlm bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Jadi bani Israel merangkumi keturunan NabiIbrahim turun kpd Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adlah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau,link: www.mormonslocation.com).Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus utk lost tribe disebelah South East Asia region.



Note: Aku amek mende ni untuk dibedah siasat dalam post selepas ni... Nantikan post setrosnye...

Wednesday 7 March 2012

Keindahan Islam: Iman Test


Credits to Susanh

Kalo korang salu bukak Facebook, for sure korang penah buat personaliti test kan? Kali ni aku nak bagi korang 'Iman Test', konsepnye lebih kurang same je ngan personaliti test, tapi kali ni kite ukur iman dalam hati kite sendri.

Semua orang Islam wajib beriman pade 6 perkara:


1. Percaya kepada Allah SWT
2. Percaya kepada Nabi dan Rasul / Rosul Allah SWT
3. Percaya kepada Malaikat Allat SWT
4. Percaya kepada Kitab Allat SWT yaitu Al Qur'an
5. Percaya kepada Hari Kiamat / Hari Akhir
6. Percaya kepada Qada dan Qadar (Ketentuan Allah SWT)

Ape tu Iman? 

Iman adalah yang dibenarkan(diyakinkan) di hati, diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Ertinya. Apabila seseorang telah beriman, dia hendaklah percaya dan yakin dalam hatinya, mengaku dengan lidahnya dan terus beramal dengan apa yang telah diyakini. Inilah iman. 
[Takrifan dipetik dari Halaqah.net]

Ini adalah benda paling basic dalam Islam. Klo ilang kepercayaan pade salah satu mende nh, die leh jatuh murtad... tapi kite takleh la label orang murtad sesuke ati ye.. tu sume hal seseorang tu ngan Allah je. Baek kite jauhkan, tak baek berprasangka pada saudara sesama Islam.

Dalam ramai2 umat Islam yang beriman, ade yang kuat imannye, dan ade gak yang kurang kuat imannye. Nak tau mane duduknye iman korang? Jom kite muhasabah sesame ye..Di bawah adalah tahap-tahap iman seseorang, meh kite tengok meh:


1. Iman Taqlid

Untuk pengetahuan korang, iman Taqlid nh iman paling rendah sekali. Abes basic la kirenye. Orang yang mempunyai iman taqlid adalah mereka yang hanya mengikut je, follow the trend. Bukan sebab die nak buat mende tu, tapi sebab atas dasar ikutan je. Orang laen buat, die pon terpaksela buat jugak... Jadik Pak Turut je la jawabnye.. Bukan die tatau hukum hakam, dose pahale, die tau tapi die berat ati nak buat je. Hanya buat bile terpakse je die buat. Bile orang tanye pasal asas2 fardhu ain misalannye, die tau sume. tapi setakat tu je. Langsung tak rase cam nak amalkan. 

Contoh Situasi:

AA belajar kat Kolej Islam. Die actually tak solat, puase pon tak penah. Tapi sejak die masuk blaja, die tgk orang laen sume solat berjemaah, so nak tanak kena la ikot same solat skali. tapi waktu orang takde, die pon tak solat dah.. Satu hari dapat awek, awek lak dari kalangan baek2. Masuk hari Isnin je mesti puase, so disebabkan ase serba salah,die pon ikotla same puase. Time orang ade die buat, time orang tade, die buat jugak..tapi buat bodo je laaa..

Selamat ke dari Neraka Allah?

Sayangnye, segala amal ibadat mereka yang beriman Taqlid tak diterima Allah. Kalau kite berade dalam golongan nh, cepat2 la bertaubat dan cari jalan tingkatkan iman lagi lepas ni. Jangan sekadar jadi pak turut je. Janji Allah Itu Pasti.


2. Iman Ilmu

Iman Ilmu ni adalah iman yang berasaskan ilmu. Die tau dan die belajar tentang Islam, tentang amalannye, tentang segala yang wajib diimaninye. Iman dan kepercayaan die kuat bertunjangkan akal, berasaskan ape yang die dah pelajari. Die tau tentang dalil, hadith dan sunnah. Imannye tak senang digoyah, tak mudah dipengaruhi oleh ideologi laen. Sayangnye, orang yang beriman Ilmu ni tak takot utk derhaka pade Allah. Die bley wat dose bile2 mase, dan senang sangat nak derhake ngan Allah. Diorang nh suke berbahas tentang Islam, tapi dalam pade mase yang same, die tak buat ape yang die cakap. Just talk, no action. 

Contoh Situasi:

BB pernah blajar agama, ade ilmu agama dan tau selok belok agama. Bile orang kutuk tentang Islam, die beria tegakkan, bersemangat benar nak menegakkan agama. Tapi dalam pade mase same, waktu bulan puase, tak pernah pulak tengok die bayar zakat. Tau tentang puase enam, segale yang sunat dan wajib, tapi tak pernah plak tengok die buat...Tapi kalo ajak tanye tentang hal agama, sume die tau.


Selamat ke dari Neraka Allah?

Sayangnye, walaupon iman mereka yang tergolong dalam golongan ni susah nak goyah dan susah dipengaruhi oleh ideologi or manifesto agama/fahaman laen, peluang mereka ni utk terlepas dari neraka Allah agak tipis. Setakat percakapan je, walaupon ilmu pnoh didada, tapi still tak diamalkan, tiada gunenyee... Ibaratnye gini la, ape gunenye simpan kete Ferrari kat umah je, pekate kite drive bawak keliling bandar dari bia Ferrari tu berkarat gitu je, btol tak?


3. Iman 'Ayyan

Alhamdulillah, klo korang tergolong dari kalangan orang beriman 'Ayyan, moge korang dianugerahi nikmat Syurga nanti kat akhirat.Orang-orang yang beriman Ilmu yang beria-ia mendalami Islam, dan bukannye setakat cakap atau tau je, tapi mendalami sebenar-benarnye tentang Islam, mereka ni nanti akan diupgradekan kepade Iman 'Ayyan. Orang yang mencapai tahap iman 'Ayyan nh tak lagi hanya beriman di akal je, tapi iman die lekat di hati. Bile beribadah, die khusyuk, dalam hatinye, sentiase terase kebesaran Allah. Semua perintah dan Larangan Allah die patuh tanpa ade sket pon ase keterpaksaan, penuh rela dan taat. Die akur je bile Allah bagi ujian, dan bile waktu die dalam kesusahan plak, Allah akan berikan pertolongan utk die.

Contoh Situasi:

CC seorang peniage pasar malam. Die tak pernah tinggal solat, sume ibadah die try buat sebaek mungkin. Walau apepon terjadi, die tetap tenang, terase Allah selalu ade disisi. Die bersyukur dengan nikmat Allah, hatinye tenang, terase nikmat kemanisan iman tu dalam hati die. Die tak pernah bersangke buruk, biarpon dalam kesusahan, biarpon die kne tipu dalam perniagaan. Satu hari, CC kne rompak. Semua duit utk rolling modal perniagaan abes camtu je. Tapi CC tetap tabah. Sabar je.. Ape orang buat kat die pon die sabar. One day, ade pelanggan die yang slalu beli barang ngan die janji nak tolong pinjamkan modal utk die troskan perniagaan. Itu la berkat pertolongan Allah utk CC. Walau dalam susah camne pon, die tetap dikurniakan pertolongan dari Allah, walaupon mende tu kadang2 tak la sehebat dan sebesar mane pon.

Selamat ke dari Neraka Allah?

Klo korang tergolong dalam golongan ni, bersyukurlah. Sebab tahap iman korang memang tinggi. Allah sayangkan korang, nanti kat akhirat, segala kesabaran korang dalam menghadapi ujian Allah akan terbalas jugak. Orang yang beriman 'Ayyan selalunye dihisab di akhirat dengan cepat dan dengan mudahnye akan dimasukkan ke syurga Allah. Kuatkan lagi iman korang supaye korang dapat capai tahap-tahap iman seterusnye..


4. Iman Haq

Mereka yang mencapai iman Haq dapat melihat Allah dengan mate hatinye. Maksudnye, die dapat merasekan kebesaran Allah dalam setiap ape perkara yang die lakukan,dari sekecil-kecil kejadian sampaila ke sebesar-besar kejadian. Setiap perkara yang die buat, niatnye hanya nak mendapatkan keredhaan Allah, hanya keranaNya. Die sentiase rase takot dengan Allah, kagum dengan kekuasaan Allah.. Imannye bertukar menjadi cinta kepade Allah, saban ari terase rindu dengan Penciptanye.Hatinye tak pernah sesaatpon lekang dari mengingati Allah.Die sentiase rindu pade Tuhannye, hatinye tenang dengan kesyahduan cintanye pade Allah. Langsung tade memikirkan tentang keduniaan dalam atinye, nafsu tak dapat melalaikannye, iblis plak langsung tak dapat nak mendekati die. 

Contoh Situasi:

DD tertunggu-tunggu masuk waktu solat. Bile DD beribadah, hatinye terase tenang, terase kemanisan iman dalam jiwanye. Setiap kali nak bersolat, sewaktu nak angkat takbir, hatinye berdebar-debar, terase takot nak berhadapan dengan Allah yang menciptakannye. Die tau Allah sentiase berade bersamenye. Die tau setiap gerak gerinye, perbuatannye dan kata-kata yang keluar dari bibirnye diawasi Allah. Walau idop dalam kedaifan, die tak pernah bersungut, ape lagi nak mengeluh mengenang takdir Allah. Malah die mabuk dalam cintanye pade Allah... 

Selamat ke dari Neraka Allah?

Bukan setakat selamat, malah mereka yang mempunyai iman camni bley digelar para Muqarrabin oleh Allah, maknenye, mereka yang hampir pada-Nya. Jika korang rase korangnye iman adalah iman Haq, maka Alhamdulillah, bersyukurlah sebab korang tergolong dalam mereka yang akan diangkat Allah masuk ke syurga tanpa was-was lagi. Lorong ekspress gituuu~ hehe! Tapi klo korang tak tergolong dalam golongan ni pon takpe, selagi ade nyawa di badan, korang masih berpeluang nak jadik antara Hamba yang Allah cintai kat dunia nh. InsyaAllah~




5. Iman Hakikat


Iman tertinggi dikalangan segenap makhluk Allah, iaitu Iman Hakikat. Iman Hakikat nh cam iman yang dimiliki oleh para Nabi, Rasul, Khulafa' Ar Rasyidin dan wali-wali Allah. Mereka yg beriman Hakikat, Allah akan anugerahkan Syurga yang tertinggi sekali, sebagai balasan utk cinta mereka yang tak berbelah bahagi dan tiade tandingan pade Pencipta mereka waktu di dunia... Orang yang beriman Hakikat ade budi pekerti yang terbaek antara semua makhluk Allah, akhlak paling terpuji antara semua.. Diorang la yang sanggup berkorban ape saje demi Allah SWT. Tak kire di mane golongan ni berada, Allah SWT akan merahmati dan memberi Barakah kepade mereka.. Sepanjang hari, sepanjang usia mereka ni, dihabeskan dengan beribadah kepade Allah. Setiap perkara yang mereka lakukan tak lain dan tak bukan, hanya kerane nak mencari Redha Ilahi. Mereka ni walaupon banyak beribadah, tapi tak henti2 jugak minta ampun dan taubat pade Allah, sebab mereka takuuuuut sangat dengan Azab Allah. Padahal dah dijanjikan dengan Syurga tu.. Tapi still tkot lagi..kite yang tak dijanjikan syurga nh, solat taubat pon jarang2 skali.. Takot ngan nerake tu memang la ade, tapi tak mtk gak ampun ngan Allah, masih gak wat dose setiap mase... So fikir-fikirkan la yeee...


Contoh Situasi?


Takde contoh iman hakikat yang lebih mulia dari iman Rasulullah SAW... Baek budi tinggi pekerti takde tandingan... Kekasih Allah, sanjungan umat seluruh dunie..


Selamat ke dari Neraka Allah?


Bukan setakat selamat je, tapi mereka ni dianugerahkan Allah dengan Syurga Allah yg tertinggi.. Tak terbatas balasan Allah pade mereka ni dengan kebaikan. Moga2 kite dapat la capai iman Hakikat ni, banyak-banyakkan ibadah, bukan saje dalam hal solat, puase, zikir dan laen2, tapi jugak dalam interaksi kite sesame manusia... idop mati pon kerana Allah, segala ape yang kite wat pon kerana Allah.. Jauhi diri dari fitnah, buruk sangka dan hasad dengki. Try pikir positif sebab Islam adalah agama yang positif. Sabar tu adalah kunci, dengan kesabaran makin subur la ketaqwaan. Bile orang wat jahat ngan kite, jangan balas ngan kejahatan, tapi balas la dengan kebaikan.. InsyaAllah, dengan berkat dari Allah SWT, mudah-mudahan kite tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman... :) 

Tuesday 6 March 2012

Keindahan Islam: Istidraj



Istidraj


Post kali ni diambil dari Facebook.. Saye tatau sape author die sebenarnye, sbb dah byk kali dishare, smpai tak dpt nak ditrace(juge sebab saye malas nak browse FB, hehe!). All credits goes to the original author/s, whomever he/she is and where ever he/she is. Harap dibenarkan utk dikongsi bersama..


Apa itu ISTIDRAJ?


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.